01.07
TEORI ABRAHAM MASLOW
(HUMANISTIK)
Latar Belakang Abraham Maslow
Abraham Maslow dilahirkan di Brooklyn, New York dalam tahun 1908. Bapanya
bernama Samuel Maslow dan ibunya bernama Rose. Abraham Harold Maslow lebih
menyayangi bapanya dari ibunya. Maslow menganggap ibunya seorang yang amat kuat
beragama dan kadangkalanya membuat dirinya serba salah. Ibunya sering
membandingkan Maslow dengan adik – adiknya yang lain, dan lebih menyayangi
mereka daripada Maslow. Maslow juga sering dihina oleh ibunya. Pada zahirnya
Maslow pernah menyatakan rasa marah dan benci ke atas ibunya. Semasa ibunya
meninggal dunia, Maslow enggan menghadiri upacara pengkebumian ibunya.
Maslow amat menyayangi bapanya Samuel. Maslow sering dianggap sebagai anak bapa
dan bukannya anak emak. Beliau sering menganggap bapanya sebagai kawan.
Abraham Maslow mendapat ijazah pertama dan PhD dari Universiti Wisconsin dalam
tahun 1934. Selepas mendapat ijazah doktor falsafah, beliau bekerja di Brooklyn
College (1937 - 1951). Dalam tahun 1951, beliau meneruskan kerjayanya di bidang
akademik di Universiti Brandeis, Massachusetts. Beliau pernah dilantik sebagi
Pengerusi Jabatan Psikologi selama 10 tahun di universiti yang sama. Sepanjang
kerjayanya, beliau banyak menghasilkan artikel – artikel berkaitan dengan
perasaan dirinya sendiri, pandangan terhadap insan juga perasaan ke atas
kesihatan dirinya.
Maslow berkahwin pada tahun 1928 dengan Bertha, dan beliau telah meninggal
dunia di usia 62 tahun akibat penyakit serangan jantung.
Teori Humanistik Mengikut Pandangan
Abraham Maslow
Maslow melihat individu sebagai sesuatu yang berintergrasi dan penyusuan
keseluruhan. Contohnya, seorang insan yang lapar, ianya bukan sebahagian
daripada diri individu tersebut, sebaliknya keseluruhan diri individu
menunjukkan rasa lapar. Teori Maslow ini ada berkaitan dengan personaliti, dan
menitikberatkan beberapa andaian yang berkaitan dengan motivasi. Beliau
menekankan keseluruhan diri individu bergerak, bukan hanya sebahagian daripada
individu.
Maslow menganggap motivasi sebagai sesuatu yang kompleks, dimana tingkah laku
luaran yan diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga menganggap, individu akan
terus bermotivasi oleh kerana sesuatu matlamat. Matlamat ini dianggap sebagai
keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa mengambil kira budaya,
persekitaran dan perbezaan generasi.
Personaliti yang dibincangkan oleh Maslow lebih kepada keperluan individu.
Maslow sering mengaitkan perkembangan personaliti dengan motivasi. Motivasi
lahir dari keperluan yang diperolehi oleh setiap individu. Maslow berpendapat
sebilangan keperluan dalaman yang menggerak serta mengarahkan perlakuan yang
dipamerkan oleh individu. Keperluan yang ditunjukkan oleh Maslow boleh dilihat
dalam bentuk hieraki.
Menurut beliau keperluan di tahap yang paling bawah/keperluan fisiologi harus
dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang individu memikirkan tahap kedua.
Dengan kata lain keperluan di peringkat kedua tidak akan wujud jika keperluan
diperingkat pertama tidak mencapai tahap kesempurnaan.
Maslow juga menyebut terdapat perbezaan diantara keperluan peringkat bawah
dengan keperluan di peringkat tinggi. Antaranya :
· Keperluan di peringkat tinggi wujud lewat di dalam pertumbuhan diri kita dan
kewujudannya secara beransur – ansur. Oleh kerana lebih tinggi keperluan itu
ianya lebih istimewa kepada individu tersebut.
· Keperluan fisiologi wujud sebaik sahaja individu lahir di dunia.
· Keperluan penghargaan kendiri timbul di peringkat remaja dan dewasa. Manakala
keperluan kesempurnaan kendiri wujud selepas pertengahan umur.
· Kepuasan memenuhi keperluan di peringkat tinggi akan membawa erti yang
mendalam kepada diri individu tersebut, seperti gembira. Keperluan di peringkat
tertinggi (keperluan kesempurnaan kendiri) dianggap sebagai keperluan
pertumbuhan.
· Keperluan – keperluan di peringkat rendah, adalah keperluan yang semestinya
dilalui oleh setiap individu bagi mengekalkan kestabilan.
5 TAHAP KEPERLUAN MANUSIA
1. Keperluan Fisiologi
Keperluan manusia yang paling asas adalah untuk hidup. Manusia perlukan udara,
air, makanan dan tempat tinggal bagi memenuhkan kehendak pertama dan utama ini.
Pada masa ini, keperluan lain tidak sama sekali menjadi tumpuan selagi kehendak
asas ini dipenuhi.
2. Keperluan Keselamatan
Setelah keperluan ini dicapai, manusia akan mencari keselamatan hidup,
kestabilan kerja, jagaan masyarakat, undang – undang serta membebaskan diri
daripada ancaman luaran mahupun dalaman. Tahap keselamatan ini amat diperlukan
bagi menjamin kesejahteraan hidup.
3. Keperluan Kasih Sayang dan Kepunyaan
Dalam memenuhkan keperluan kasih sayang pula, manusia perlukan hubungan dengan
insan lain. Kita semua pada asasnya ialah haiwan yang bersosial, iaitu kita
perlukan kasih sayang daripada orang lain. Oleh itu manusia ini sememangnya
tidak boleh wujud bersendirian.
4. Keperluan Penghargaan Kendiri
Tahap seterusnya adalah kehendak untuk penghargaan kendiri. Kita mahu
berkuasa, sekurang – kurangnya ke atas diri kita sendiri. Pada masa yang sama,
kita juga perlukan kekuatan, kebolehan, kepakaran serta kebebasan. Seterusnya
manusia ingin dihormati, disanjungi dan kehendak status dalam hidup.
5. Keperluan Kesempurnaan Kendiri
Akhir sekali usaha manusia yang teragung adalah untuk mencapai kesempurnaan
kendiri. Semua tahap kehendak sebelum ini perlu dipenuhi terlebih dahulu
sebelum seseorang itu inginkan kesempurnaan kendiri.
Ciri – Ciri Individu Yang Telah
Mencapai Kesempurnaan Kendiri
Mengikut Maslow manusia yang mempunyai kesempurnaan kendiri merupakan manusia
yang telah mencapai perkembangan personaliti tertinggi dan telah dapat
menrealisasikan pontesinya. Ciri – ciri personaliti manusia yang telah mencapai
tahap kesempurnaan kendiri ialah, antaranya :
i) Mencapai perkembangan moral yang tinggi iaitu lebih mengutamakan kebajikan
orang lain.
ii) Mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas dan pekerjaan.
iii) Mempunyai pegangan hidup yang kukuh, jujur, bertindak berdasarkan kepada
apa yang dipercayainya walaupun tidak popular.
iv) Tidak berminat untuk menjadi pengikut kepada suasana semasa seperti fesyen,
adat resam, dan seumpamanya.
v) Seronok bersama kawan – kawan tetapi tidak bergantung kepada mereka.
vi) Seronok dengan kehidupan yang mencabar dan yang baru.
Bersikap objektif.A
goodddddd
BalasHapus